Sabtu, 29 Jun 2013
Selasa, 11 Jun 2013
Tiada Bukti Penyelewengan PRU 13 Bukti Pemimpin Pembangkang Hanya Menipu Rakyat
Sudah lebih tiga minggu Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 berlalu, namun sehingga kini masih belum ada sebarang bukti yang didedahkan oleh Pakatan Pembangkang yang mendakwa terjadinya blackout dan penipuan undi yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) dan juga Barisan Nasional (BN) ketika hari pengundian sedang berlansung.
Menurut Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon, dakwaan kepimpinan Pakatan Pembangkang yang mengatakan berlakunya blackout dan penipuan undi itu sebenarnya sudahpun dirancang oleh mereka sekiranya keputusan PRU 13 baru-baru ini tidak memihak kepada pakatan.
“Bagi saya ini jelas merupakan agenda terancang Pakatan Pembangkang. Jika mereka tewas, maka fitnah dan tohmahan terhadap BN dan SPR akan dilancarkan melalui ceramah-ceramah umum mereka di serata negeri.
“Ia bertujuan untuk menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat dan untuk membentuk persepsi rakyat bahawa SPR dan BN berpakat untuk mengatur kemenangan yang berpihak kepada BN. Sedangkan, keputusan PRU itu merupakan keputusan rakyat dan bukannya percaturan sesiapa,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Tambah beliau lagi, beliau merasa pelik melihat gelagat pemimpin pembangkang apabila mereka tidak pula mengatakan wujudnya penipuan undi atau blackout di negeri-negeri yang dimenangi oleh mereka seperti di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.
“Justeru itu saya minta agar rakyat membuka mata dan jangan tertipu dengan mainan politik pakatan pembangkang yang ingin mewujudkan persepsi negatif rakyat terhadap BN dan kerajaan.
“Saya juga berkeyakinan, majoriti rakyat hari ini sudah semakin jelak dengan sikap pakatan pembangkang yang tidak habis-habis berpolitik dan menabur fitnah terhadap kerajaan, sedangkan mereka sendiri tidak mampu untuk mendatangkan bukti diatas apa yang mereka dakwa itu,” tegas beliau.
Beliau juga meminta agar pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau pemimpin yang cuba menghasut rakyat dengan tujuan untuk menimbulkan huru hara di dalam negara.
“Tindakan pemimpin Pakatan yang mengadakan ceramah dan himpunan haram di seluruh negara dengan melemparkan pelbagai tohmahan terhadap kerajaan telah menimbulkan rasa resah di kalangan rakyat.
“Himpunan haram seperti ini juga akan membantutkan kelansungan proses pembangunan ekonomi dan sosial negara. Saya rasanya, sudah sampai masanya untuk kerajaan bertindak tegas untuk mencegah perkara yang lebih buruk berlaku yang dapat menjejaskan keharmonian, keamanan dan ekonomi negara,” tegasnya
Khamis, 6 Jun 2013
Rabu, 5 Jun 2013
Langgan:
Catatan (Atom)