Ahad, 30 Disember 2012

KEMENTERIAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT AKAN MENYEDIAKAN KHIDMAT KAUNSELOR DAN VAN MAYANG BAGI MEMBERI SOKONGAN KEPADA MANGSA TANAH RUNTUH


Jalan masuk utama ke Puncak Setiawangsa, di sini ditutup sepenuhnya lewat malam tadi berikutan tanah runtuh di kawasan tersebut pada Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Othman Abu Bakar berkata jalan alternatif dibuka di Persiaran Setiawangsa bagi laluan kepada penduduk setempat.

"Jalan tersebut dikawal oleh anggota polis dan Rela bagi kelancaran lalu lintas," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) menyatakan sehingga kini masih berlaku pergerakan tanah yang aktif di kawasan cerun.

"Tujuh buah banglo di Puncak Setiawangsa berada di zon bahaya dan telah dikosongkan manakala  22 rumah yang lain berada dalam keadaan selamat dan boleh diduduki," katanya.

Sehingga pukul 3 petang ini, 86 penduduk yang telah berdaftar dengan pusat gerakan yang dibuka, katanya.

Beliau berkata 13 unit kedai dua tingkat dan 52 unit teres yang terletak 100 meter dari cerun runtuhan telah dikosongkan.


Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan Johor, Ahmad Zuriyad, 20, berkata beliau kini tidak dapat menuntut pakaiannya yang dihantar di sebuah kedai dobi di Bukit Setiawangsa ekoran insiden tanah runtuh itu.

"Saya menghantar baju-baju itu sehari sebelum kejadian untuk dibawa balik ke kampus pada Isnin tapi sekarang ni saya pun tak tahu bagaimana.

"Pekerja dobi ada menelefon saya namun mengatakan mereka menunggu arahan daripada pihak polis sebelum dibenarkan masuk ke kedai semula," katannya kepada Bernama.

Selain kedai dobi terdapat beberapa premis perniagaan lain antaranya kedai tempahan jahitan, agensi pelancongan, kedai gunting rambut, klinik, kedai runcit dan restoran.

Pemilik Cantumas Travel & Tours Sdn. Bhd, Norlida Hassan, 49, mengakui banyak kesan yang dihadapi memandangkan premisnya turut diarah tutup atas faktor keselamatan.

"Agensi saya banyak berurusan dengan pelanggan yang menempah tiket pelancongan dan lebih menyukarkan kerana semua sistem kami berada di dalam pejabat.

"Kami ada meminta bantuan Telekom untuk menyambungkan semua panggilan pelanggan ke telefon bimbit kami yang sepatutnya disambung ke agensi untuk memudahkan operasi," katanya.

Norlida berkata beliau akan mengadakan mesyuarat bersama kakitangannya untuk memikirkan alternatif lain sama ada berpindah ke tempat baharu atau menunggu keadaan pulih seperti sedia kala.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Noriah Kasnon turut meninjau lokasi kejadian tanah runtuh.

Noriah berkata kementerian akan menyediakan kaunselor dengan menggunakan sebuah van bergerak Mayang  bagi memberi sokongan kepada mangsa yang terlibat.

"Kita turut menyediakan segala  kemudahan kepada mereka walaupun mereka mampu dan juga dalam proses mendapatkan profil penduduk," katanya.

Sabtu, 29 Disember 2012

MELAWAT MANGSA KEJADIAN TANAH RUNTUH DI PUNCAK SETIAWANGSA








PROGRAM SANTAI SAYANG BERSAMA BELIAWANIS,PUTERI,WANITA UMNO&SKUAD SAYANG






MERASMIKAN MESYUARAT AGUNG KOPERASI MERBAU BERHAD





VETERAN UMNO DI SARAN DEKATI GOLONGAN MUDA BANTU TINGKAT SOKONG BN


Pengarah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Besar Datuk Noriah Kasnon meminta veteran Umno agar mendekati golongan muda dalam usaha meningkatkan sokongan terhadap BN dan Umno.

Noriah yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata mereka juga boleh memainkan peranan menarik golongan muda dengan berkempen dalam kalangan anggota keluarga masing-masing.

"Mereka juga boleh menggalakkan anak atau cucu mendengar ceramah atau mengikuti program-program BN," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Beliau berkata jentera BN Sungai Besar juga perlu bekerja keras bagi mengekalkan kerusi Parlimen Sungai Besar yang disandangnya dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang yang disandang bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, selain meningkatkan usaha merampas kerusi DU NSekinchan yang disandang Ng Suee Lim dari DAP. "Peluang untuk merampas kerusi Sekinchan masih ada kerana masyarakat di sana maklum dan sedar bahawa BN selalu di hadapan dalam menjaga kebajikan mereka," katanya

PERLU BERI MAKLUMAT TEPAT -NORIAH

Noriah(kiri) melihat keperluan banjir ketika melawat pusat
penyimpanan bekalan bantuan di sini
KUANTAN - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menasihatkan mangsa banjir supaya memberi maklumat yang tepat bagi mengelak pertindihan maklumat untuk proses tuntutan bantuan.

Timbalan Menterinya, Datuk Noriah Kasnon berkata, setiap kali proses agihan bantuan, akan timbul masalah ekoran maklumat bertindih.

“Saya ingin mengingatkan mangsa bencana supaya memberi data yang betul bagi mengelak pertindihan apabila bantuan diberikan nanti.“Masalah pertindihan nama sering berlaku setiap kali proses bantuan ihsan diberikan. Sehingga kini, kita tidak mengenakan tindakan kepada mereka namun kita harap mereka tidak berbuat demikian,” katanya ketika ditemui pada Lawatan ke Pusat Penyimpanan Bekalan Bencana Banjir di Kompleks Penyayang, di sini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Datuk Shamsiah Hussain.
Dalam perkembangan lain, Noriah berkata, pihaknya memberi jaminan akan menambah baik kemudahan bantuan kepada mangsa banjir di semua pusat pemindahan berikutan aduan kelewatan bantuan tiba.
Katanya, pihaknya sudah membuat persiapan awal untuk menghadapi bencana alam itu dari aspek bekalan makanan, pakaian dan pusat pemindahan.

“Bagaimana pun, kita menerima semua komen secara positif dan penambah baikkan akan dilakukan pada masa akan datang.“Saya juga melihat penglibatan sukarelawan semasa banjir sangat baik namun masih perlu dikoordinasi dengan teratur bagi memastikan tugasan di pusat pemindahan berjalan lancar,”

Noriah berkata, setiap negeri yang terbabit dengan bencana banjir mengalami masalah berbeza dan kerjasama bersepadu diperlukan untuk memastikan tiada rungutan di terima.

MANGSA USAH MINTA BANTUAN LEBIH SEKALI - KERATAN AKHBAR BERITA HARIAN 29/12/2012


USAH AMBIL KESEMPATAN - KERATAN AKHBAR HARIAN METRO 29/2-12/2012


Khamis, 27 Disember 2012

BERSAMA TIMBALAN PERDANA MENTERI TAN SRI MUHYIDDIN YASIN MELAWAT MANGSA BANJIR DAN SUMBANGAN DI KEMAMAN TERENGGANU





MENZIARAH DAN MENGHULURKAN SUMBANGAN KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM ADIK MUHAMMAD HAMIDI BERUSIA 15 TAHUN YANG MENJADI MANGSA KORBAN BANJIR DI KEMAMAN TERENGGANU





TIMBALAN MENTERI KPWKM MELAWAT MANGSA BANJIR DI SK KOMPLEKS GONG BADAK


Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), YB Dato’ Noriah Kasnon hari ini melawat mangsa banjir Pusat Pemindahan Bencana di SK Kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu.

Kehadiran beliau diiringi Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Encik Zuhami Omar dan disambut oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh, YB Haji Muhammad Ramli Nuh.
Difahamkan kebanyakan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan tersebut terdiri daripada penduduk Taman Desa Tanjung Damai, Gong Badak.

Dato’ Noriah meluangkan masa kira-kira sejam beramah mesra dan bertanya khabar serta meninjau keadaan 339 mangsa daripada 76 keluarga yang masih berada di pusat pemindahan itu sejak dibuka Isnin lalu.

Beliau melahirkan rasa syukur kerana dapat meninjau dan melihat sendiri situasi yang dialami mangsa banjir di negeri ini.

"Setakat ini, alhamdulillah tidak ada masalah kerana tindakan awal telah diambil oleh pihak JKM, jawatankuasa bencana daerah, dan pihak-pihak lain yang terlibat dalam menguruskan mangsa banjir.

"Ada penduduk yang menyatakan rasa bimbang keadaan ini akan berulang kerana sebahagian daripada penduduk taman perumahan ini mendapati kawasan kediaman mereka merupakan kawasan takungan air hanya setelah mendiami rumah tersebut,” ujarnya ketika ditemui Teganukita di pusat pemindahan tersebut, hari ini.

Katanya, walau bagaimanapun beliau percaya pihak kerajaan akan mengambil tindakan untuk mengatasi masalah yang dialami oleh penduduk Taman Desa Tanjung Damai terutamanya yang melibatkan masalah takungan air dan sistem saliran dengan kerjasama pihak jabatan berkaitan.

Menurutnya, beliau ada mencadangkan kepada pengerusi taman perumahan terbabit supaya membuat permohonan rasmi kepada pihak tertentu supaya sekurang-kurangnya ada inisiatif awal untuk menyelesaikan masalah yang timbul apabila banjir melanda.

MELAWAT MANGSA BANJIR DI PUSAT PEMINDAHAN BANJIR NEGERI TERENGGANU