Isnin, 25 Februari 2013

PELANCARAN NGO BATAS (BADAN AMAL TARBIAH SEJAGAT MALAYSIA) PARLIMEN SUNGAI BESAR






PROGRAM SANTAI SILATURRAHIM BERSAMA ALUMNI GIAT MARA SUNGAI BESAR DAN PESERTA PBR






PROGRAM BERSAMA PESERTA DAN PELATIH GIAT MARA SUNGAI BESAR





KERAJAAN SEDIA INSETIF ATASI KES KANAK-KANAK DI DERA PENGASUH TIDAK TERLATIH


Kerajaan menyediakan beberapa alternatif pengasuhan dan penjagaan kanak-kanak kepada ibu bapa termasuk insentif pembukaan taska baharu dan subsidi yuran pengasuhan kepada ibu bapa.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Noriah Kasnon berkata alternatif itu bagi mengatasi masalah penjagaan anak oleh pengasuh yang tidak terlatih.

Katanya Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Taska 1Malaysia bersedia untuk membantu ibu bapa mengasuh anak mereka.

"Setakat ini, sebanyak 2,058 Taska berdaftar dan 46 Taska 1Malaysia di seluruh negara bersedia memberikan perkhidmatan kepada ibu bapa di seluruh Malaysia,"

Tawaran kementerian itu sebagai tindakan ke atas kejadian seorang bayi empat bulan di Kuantan, Pahang yang didera pembantu rumah warga Indonesia, pada 15 Februari lepas.

Mangsa Mohamed Hareez Mohamed Zamri dilambung beberapa kali oleh pembantu rumah itu sehingga mengalami lebam di tangan serta cedera di kaki kiri dan dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk rawatan lanjut.

Pada Selasa pembantu rumah terbabit dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun oleh Mahkamah Seksyen Kuantan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mendera Mohamed Hareez.

Noriah berkata kementerian turut mempermudahkan pendaftaran Taska baharu tanpa perlu mendapat pengesahan daripada agensi teknikal terlebih dahulu sekiranya Taska berkenaan mematuhi piawaian minimum yang ditetapkan JKM.

Selain itu, katanya kerajaan juga menyediakan insentif kepada pengusaha Taska swasta, majikan dan ibu bapa antaranya menyediakan geran pelancaran RM10,000 diberikan kepada penyedia taska swasta bagi membantu mereka membuka Taska baharu yang berkualiti.

Mereka juga diberikan pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh lima tahun dan elaun bangunan industri pada kadar 10 peratus setahun, selain sudsidi bayaran kursus sebanyak RM180 seorang bagi pengendali atau petugas yang mengikuti Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Permata,

"Bagi Taska di tempat kerja sektor awam dan swasta pula kerajaan memperuntukkan RM200,000 kepada mana-mana kementerian dan jabatan untuk menubuhkan Taska serta subsidi yuran RM180 kepada ibu bapa yang berpendapatan RM3,000 sebulan yang menghantar anak mereka ke Taska sektor awam,"

Kerajaan juga memberi insentif potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan Taska dan pengecualian cukai 10 tahun ke atas perbelanjaan pembinaan atau pembelian bangunan untuk membuka Taska, tambahnya.

Bagi pengusaha Taska 1Malaysia, Noriah berkata mereka akan memperoleh geran penubuhan RM56,000 dan geran operasi RM64,000.

"Subsidi yuran pengasuhan bagi seorang kanak-kanak yang dihantar ke Taska 1Malaysia akan diberikan RM180 seorang bagi keluarga berpendapatan RM2,000 ke bawah di bandar dan RM1,500 di luar bandar," katanya.

Beliau turut menggesa orang ramai membuat aduan menerusi Talian Nur di 15999 mengenai sebarang bentuk penderaan atau penganiayaan terhadap kanak-kanak di negara ini

Ahad, 24 Februari 2013

PENYAMPAIANBANTAUAN BULANAN ELAUN JKM TERENGGANU





JELAJAH JANJI DITEPATI DI NEGERI TERENGGANU







GOVERMENT MAKING LIFE EASIER FOR PARENTS


The Government has prepared several childcare alternatives to overcome the problems of untrained babysitters and childminders.
Deputy Women, Family and Community Development Minis-ter Datuk Noriah Kasnon said among the incentives were opening more child nurseries registered with the Social Welfare Department (JKM) and childcare fee subsidy for parents.

“So far, 2,058 child nurseries registered under JKM, as well as 46 1Malaysia nurseries, are prepared to offer their services to parents across the country,” she said.
Noriah’s statement came in response to the recent incident where an Indonesian maid was sentenced to 20 years’ jail after pleading guilty to abusing four-month-old Mohamed Hareez Zamri in Kuantan, Pahang.

She said the opening of new child nurseries had also been made easy because the nurseries did not need prior verification from any technical agency as long as they met the minimum standards set by the JKM.

Apart from that, Noriah said a grant of RM10,000 would also be made available for the child nursery operator, employer and parents interested in opening a new private child nursery of high quality in their areas.

“Five-year tax exemption and industrial building allowance at the rate of 10% a year will also be given to private child nursery operators. The operator and staff of child nurseries attending the Permata Childcare and Early Education Course will also be given intensive training and fee subsidy of RM180,” she added.
For the public sector, Noriah said the Government would also provide an allocation of RM200,000 to any ministry and department to set up a child nursery for their staff.

“A monthly fee subsidy of RM180 will also be given to parents working in the public sector and earning below RM3,000 to send their children to the nursery at their workplace.

“Double tax reduction on the allowance and subsidy will be given to workers as well as on the nursery maintenance expenditure borne by employer. Nursery owners will also get 10-year tax exemption on the construction of building to open the nursery,” she said.

For operators of 1Malaysia Nursery, Noriah said they would receive an establishment grant of RM56,000 and operation grant of RM64,000.

“A childcare fee subsidy of RM180 for each child sent to 1Malaysia Nursery will also be given to families earning below RM2,000 in urban areas and RM1,500 in rural areas,” she said, adding that all complaints on child abuse could be made by contacting Nur hotline at 15999

Ahad, 17 Februari 2013

200,000 WANITA DISASAR TERIMA VAKSINA HPV


Sungai Besar - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyasarkan seramai 200,000 wanita menerima suntikan vaksinasi HPV (Human Papilloma Virus) untuk mencegah kanser pangkal rahim dari Julai 2012 hingga Jun 2014.

Timbalan Menterinya Datuk Noriah Kasnon berkata 39,448 wanita telah menerima suntikan itu antara Julai dan Disember tahun lepas.

Berucap melancarkan program vaksinasi HPV untuk wanita peringkat kebangsaan semalam, beliau berkata kanser pangkal rahim merupakan isu kesihatan yang penting dalam kalangan wanita Malaysia.

Menurutnya, kanser pangkal rahim merupakah kanser ketiga paling kerap dihidapi dalam kalangan wanita selepas kanser payu dara dan kolorektal.

Kerajaan pusat, katanya, menyediakan peruntukan RM50 juta dalam Belanjawan 2012 bagi program vaksinasi itu melalui pembabitan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Vaksinasi HPV secara percuma boleh didapati di kesemua 58 Klinik Nur Sejahtera LPPKN dan 24 Pusat Kesihatan Institusi Pengajian Tinggi yang telah dilantik sebagai rakan pelaksana oleh LPPKN.