Ahad, 19 Mei 2013

UMNO SELANGOR TETAP KUAT WALAUPUN TIADA MENTERI


Pelantikan hanya seorang wakil UMNO Selangor Sebagai Timbalan Menteri dalam pentadbiran kerajaan pusat,tidak akan melemahkan parti itu di negeri berkenaan

Ketua WANITA UMNO BAHAGIAN SUNGAI BESAR,Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komiditi,berkata keputusan itu sebaliknya memberi ruang untuk mengukuhkan UMNO Selangor bagi menghadapi Pilihanraya UMUM Ke-14 (PRU 14)

Beliau secara peribadi percaya percaturan Perdana Menteri,Datuk Najib Seri Razak Adalah untuk memberi ruang kepada pemimpin UMNO lain di negeri itu memberi lebih tumpuan dalam usaha meningkatkan pretasi parti

Pengumuman barisan anngota Kabinet Baru oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi UMNO Selangor Rabu Lalu, Menyaksikan Bekas Menteri Pertanian Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Negeri Selangor digugurkan daripada kabinet walaupun menang kerusi Parlimen Tanjong Karang pada PRU -13

Saya Pun Terkejut dan berharap Noh dilantik (sebagai menteri)untuk memberi kekuatan kepada UMNO Selangor,tapi mungkin Perdana Menteri ada perancangan sendiri yang kita belum tahu,Namun saya percaya keputusan ini memberikan Noh lebih banyak ruang untuk melakukan post mortem mencari punca kekalahan UMNO di Selangor

GARIS PELAN TINDAKAN TERBAIK

" Ia juga membolehkan pemimpin UMNO negeri menggariskan pelan tindakan terbaik untuk memulihkan sokongan menjelang PRU -14,"Kata Noriah sambil menambah beliau bersedia menjadi jambatan di antara negeri dan kerajaan persekutuan selaku satu-satunya wakil UMNO Selangor DALAM PENTADBIRAN Kerajaan Pusat yang baru
  "Walaupun tidak berada dalam Badan Perhubungan UMNO SELANGOR, saya akan memberi kerjasama sebaik mungkin di mana saja khidmat saya di perlukan,kata Ahli Parlimen Sungai Besar itu.

Selasa, 14 Mei 2013

BN FOKUS PENGUNDI MELAYU

BN akan memberi keutamaan kepada kaum melayu selepas ini yang di lihat menjadi penyumbang besar kepada kejayaan parti pada PRU 13 lalu.

Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon berkata,memandangkan undi kaum Cina sudah beralih arah,pihaknya akan lebih memberi tumpuan kepada penduduk melayu dari segi perkhidmatan terbaik kepada mereka.

Menurutnya pihaknya juga akan memindahkan Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Ke Sungai Panjang bagi memudahkan urusan membantu masyarakat melayu

"Kita sudah serik dan akan lebih beri fokus pada kaum Melayu dalam usaha meningkat ekonomi, di samping memberi perkhidmatan yang baik"

Pihaknya sudah merangka beberapa rancangan untuk membngunkan golongan Melayu yang di lihat setia kepada BN

Katanya antaranya ialah membawa kursus-kursus perniagaan kepada golongan ibu tunggal dan anak muda

Kita bukan ingin mengabaikan kaum cina tapi ini merupakan isyarat bahawa mereka telah membuat kesilapan pada PRU 13 dan dalam masa setahun ini,BN akan fokus kepada kaum melayu

Sementara itu pihaknya akan membentuk sebuah kumpulan pemuda bagi menangani fitnah yang di sebarkan di dalam laman sosial dan blog

Ahad, 12 Mei 2013

Seri Dewi & Keluarga rai Hari Ibu


Majalah Seri Dewi & Keluarga terbitan Kumpulan Media Karangkraf bersama Amanah Saham Investment (ASMi) menganjurkan sambutan Hari Ibu yang berlangsung dengan penuh gemilang di Hotel Sheraton Imperial, di sini.

Penganjuran program masuk kali ke-11 itu bertujuan menghargai pengorbanan dan jasa-jasa ibu dalam pelbagai bidang dengan mewujudkan tiga kategori anugerah.
Anugerah Ibu Seni mengiktiraf penglibatan kaum ibu dalam bidang lakonan, nyanyian dan penulisan lirik lagu.

Fauziah Nawi, Habsah Hassan dan Datuk Khatijah Ibrahim dipilih menerima anugerah tersebut.

Mereka menerima hadiah tajaan ASMi bernilai RM1,000 setiap seorang dan  percutian ke Turki, Hong Kong, Korea sumbangan Poto Travel.

Sementara itu Kudsiah Omar menerima Anugerah Ibu Srikandi mengetepikan Kadariah Mohd Said di tempat kedua dan Rohimah Kassim di tempat ketiga.

Untuk anugerah Ibu Muda Bestari pula,  Nurul Iman Dzulkefly memenangi tempat pertama, diikuti Adilah Ahmad Khairuddin di tempat kedua dan Norlizawaty Baharin di tempat ketiga.

Mereka membawa pulang dana Unit Trust bernilai RM3,000, RM2,000, RM1,000 serta percutian dalam negeri.

Hadiah disampaikan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Noriah Kasnon.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Pengarah Urusan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Pengarah Urusan ASMi, Ameer Mohamad.

Penerbit Eksekutif Karangkraf, Firdaus Hussamuddin dalam ucapannya berkata, panel menghadapi kesukaran untuk memilih pemenang kerana sambutan yang diterima begitu menggalakkan.

"Selama empat bulan kempen dijalankan di Majalah Seri Dewi & Keluarga, kami menerima pencalonan daripada individu yang hebat-hebat belaka tapi hanya terbaik sahaja dipilih pada setiap kategori untuk membawa pulang hadiah lumayan yang disediakan penaja," 

SEDIA BILIK KHAS - Majikan Di Saran Bantu Galak Kakitangan Wanita Susukan Bayi Enam Bulan -

Sungai Buloh: Majikan negara ini disaran menyediakan bilik menyusu khas untuk pekerja wanita mengepam susu, sekali gus menyahut seruan kerajaan menggalakkan bayi menerima susu badan selama enam bulan pertama.

Penyediaan bilik khas itu di pejabat juga bersesuaian sambutan Hari Ibu semalam, malah bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Noriah Kasnon menyifatkannya kemudahan diperlukan ibu berkerjaya masa kini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Sungai Besar berharap semua majikan negara ini khususnya sektor swasta mengambil serius cadangan itu dan sedia bertoleransi dengan pekerja wanita yang mempunyai anak kecil masih menyusu badan. “Sempena Hari Ibu ini kita harapkan majikan memberi sedikit kelonggaran kepada ibu yang berkerjaya untuk mereka menunaikan tanggungjawab menyusu anak.
“Ada yang perlu mengepam susu di pejabat, kalau boleh diwujudkan bilik khas untuk tujuan ini.Sebab ini juga selaras seruan kerajaan yang mahu menggalakkan bayi menerima susu badan secukupnya sekurang-kurangnya enam bulan pertama, jadi kita harapkan toleransi daripada majikan,” katanya.
Beliau ditemui selepas majlis ringkas sempena Hari Ibu di Hospital Sungai Buloh, di sini semalam. Majlis itu anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Jabatan Pembangunan Wanita dan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Selangor. Seramai 30 ibu muda yang melahirkan bayi di hospital itu diraikan dengan pemberian cenderamata dan mawar merah bersama 600 jururawat bertugas sempena Hari Jururawat yang jatuh pada tarikh sama.
Ditanya kemungkinan meneraju kementerian sama dalam barisan Kabinet akan datang, Noriah enggan mengulas sebaliknya menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi kerajaan untuk membuat keputusan.