Sabtu, 16 Februari 2013

JANGAN PERTARUH NYAWA

SUNGAI BESAR - Penduduk di daerah ini disaran supaya lebih mengutamakan keselamatan diri sekiranya berhadapan dengan insiden seperti kebakaran.

Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon berkata, susulan kejadian kebakaran yang berlaku di Tali Air 11 kelmarin, pihaknya berharap agar penduduk segera menyelamatkan diri terlebih dahulu. “Saya bersimpati dengan dugaan yang menimpa keluarga mangsa. “Diharap keluarga mangsa tabah hadapi dugaan ini terutama makcik Habibah yang melecur di beberapa bahagian badan," katanya. Beliau berkata demikian ketika melawat mangsa di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), di sini selepas cubaan memadam kebakaran di rumahnya gagal.

Dalam kejadian awal pagi kelmarin, warga emas, Habibah Ijab, 70, hampir maut setelah cubaannya untuk memadam kebakaran di rumahnya tidak berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan