Ahad, 12 Mei 2013

Seri Dewi & Keluarga rai Hari Ibu


Majalah Seri Dewi & Keluarga terbitan Kumpulan Media Karangkraf bersama Amanah Saham Investment (ASMi) menganjurkan sambutan Hari Ibu yang berlangsung dengan penuh gemilang di Hotel Sheraton Imperial, di sini.

Penganjuran program masuk kali ke-11 itu bertujuan menghargai pengorbanan dan jasa-jasa ibu dalam pelbagai bidang dengan mewujudkan tiga kategori anugerah.
Anugerah Ibu Seni mengiktiraf penglibatan kaum ibu dalam bidang lakonan, nyanyian dan penulisan lirik lagu.

Fauziah Nawi, Habsah Hassan dan Datuk Khatijah Ibrahim dipilih menerima anugerah tersebut.

Mereka menerima hadiah tajaan ASMi bernilai RM1,000 setiap seorang dan  percutian ke Turki, Hong Kong, Korea sumbangan Poto Travel.

Sementara itu Kudsiah Omar menerima Anugerah Ibu Srikandi mengetepikan Kadariah Mohd Said di tempat kedua dan Rohimah Kassim di tempat ketiga.

Untuk anugerah Ibu Muda Bestari pula,  Nurul Iman Dzulkefly memenangi tempat pertama, diikuti Adilah Ahmad Khairuddin di tempat kedua dan Norlizawaty Baharin di tempat ketiga.

Mereka membawa pulang dana Unit Trust bernilai RM3,000, RM2,000, RM1,000 serta percutian dalam negeri.

Hadiah disampaikan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Noriah Kasnon.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Pengarah Urusan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Pengarah Urusan ASMi, Ameer Mohamad.

Penerbit Eksekutif Karangkraf, Firdaus Hussamuddin dalam ucapannya berkata, panel menghadapi kesukaran untuk memilih pemenang kerana sambutan yang diterima begitu menggalakkan.

"Selama empat bulan kempen dijalankan di Majalah Seri Dewi & Keluarga, kami menerima pencalonan daripada individu yang hebat-hebat belaka tapi hanya terbaik sahaja dipilih pada setiap kategori untuk membawa pulang hadiah lumayan yang disediakan penaja," 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan