Sabtu, 29 Disember 2012

PERLU BERI MAKLUMAT TEPAT -NORIAH

Noriah(kiri) melihat keperluan banjir ketika melawat pusat
penyimpanan bekalan bantuan di sini
KUANTAN - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menasihatkan mangsa banjir supaya memberi maklumat yang tepat bagi mengelak pertindihan maklumat untuk proses tuntutan bantuan.

Timbalan Menterinya, Datuk Noriah Kasnon berkata, setiap kali proses agihan bantuan, akan timbul masalah ekoran maklumat bertindih.

“Saya ingin mengingatkan mangsa bencana supaya memberi data yang betul bagi mengelak pertindihan apabila bantuan diberikan nanti.“Masalah pertindihan nama sering berlaku setiap kali proses bantuan ihsan diberikan. Sehingga kini, kita tidak mengenakan tindakan kepada mereka namun kita harap mereka tidak berbuat demikian,” katanya ketika ditemui pada Lawatan ke Pusat Penyimpanan Bekalan Bencana Banjir di Kompleks Penyayang, di sini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Datuk Shamsiah Hussain.
Dalam perkembangan lain, Noriah berkata, pihaknya memberi jaminan akan menambah baik kemudahan bantuan kepada mangsa banjir di semua pusat pemindahan berikutan aduan kelewatan bantuan tiba.
Katanya, pihaknya sudah membuat persiapan awal untuk menghadapi bencana alam itu dari aspek bekalan makanan, pakaian dan pusat pemindahan.

“Bagaimana pun, kita menerima semua komen secara positif dan penambah baikkan akan dilakukan pada masa akan datang.“Saya juga melihat penglibatan sukarelawan semasa banjir sangat baik namun masih perlu dikoordinasi dengan teratur bagi memastikan tugasan di pusat pemindahan berjalan lancar,”

Noriah berkata, setiap negeri yang terbabit dengan bencana banjir mengalami masalah berbeza dan kerjasama bersepadu diperlukan untuk memastikan tiada rungutan di terima.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan